Tentang Kami

Syarikat

EcomLT LLC adalah syarikat peruncitan terus kepada pengguna yang membangun dan mengeluarkan peralatan serta barangan isi rumah yang unik untuk orang ramai di seluruh dunia. Produk kami dihasilkan dengan visi untuk menjadi sahabat dengan penggunanya dan mencipta barangan yang paling unik dan inovatif bagi kegunaan harian.

EcomLT LLC komited terhadap inovasi berterusan, dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan kecekapan. Syarikat ini membina produk yang menakjubkan tanpa henti dengan harga yang berpatutan demi membolehkan semua orang di dunia ini menikmati kehidupan yang lebih baik melalui reka bentuk yang inovatif serta teknologi.

EcomLT LLC kini merupakan salah satu peruncit terus kepada pengguna yang terkemuka di dunia. EcomLT LLC menghantar produknya ke lebih daripada 90 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Kusyen Tempat Duduk Busa Memori Klaudena

Kusyen Tempat Duduk Busa Memori Klaudena ialah kusyen ergonomik yang direka untuk menambah baik pengalaman duduk anda ke mana sahaja anda pergi. Klaudena mudah alih, memiliki fabrik yang boleh bernafas, dan direka untuk keselesaan yang sempurna.
Postur duduk yang salah adalah salah satu penyebab utama sakit pinggul, sakit belakang, dan otot yang tegang. Cara duduk yang selesa adalah penting untuk mengelakkan kesakitan yang ini. Oleh yang sedemikian, Klaudena adalah jawapannya.
Klaudena diperbuat daripada busa memori dan membolehkan hampir setiap tempat duduk menjadi lebih lembut dan selesa untuk diduduki. Oleh disebabkan ia diperbuat daripada bahan yang unik ini, ia membentuk mengikut bentuk badan anda dengan sempurna. Malah, Klaudena mengikut kesesuaian lengkungan anda dan tidak akan tergelincir dari permukaan yang diletakkan.
Klaudena sangat sesuai untuk sebarang tempat duduk. Sama ada anda seorang pekerja pejabat yang ingin menambah baik kerusi pejabat anda, pekerja di rumah yang ingin menaik taraf situasi pejabat di rumah, atau seseorang yang sering memandu atau mengembara dengan kapal terbang - Klaudena akan memastikan agar anda mampu duduk dengan selesa sepanjang jalan.

Hubungi Kami

Tel.: +1 (562) 662-3369

Syarikat: EcomLT LLC

Nombor Syarikat: 5416329

Kod VAT: 36-4985908